top of page
20231227_093325.jpg

BAJA FOLIAR

Kelebihan Baja Foliar yang Terbukti Secara Saintifik

Bagaimana tumbuhan menyerap nutrien melalui daun?

Ingatkan itu tugas akar…

  • Sesuatu tumbuhan mampu menyerap nutrien melalui daunnya dengan lebih cepat berbanding melalui akarnya!

  • Para saintis, Bukovac dan Morris menunjukkan pada tahun 1968 bahawa mekanisme penembusan nutrien melalui dinding sel tumbuhan adalah dengan cara resapan.

  • Resapan ialah proses yang berlaku secara semula jadi di mana molekul nutrien akan melalui dinding sel tumbuhan daripada kepekatan tinggi (di luar tumbuhan) kepada kepekatan rendah (di dalam tumbuhan). Oleh itu, diserap oleh sel tumbuhan.

  • Nutrien boleh masuk ke dalam sel dengan mudah melalui:

 

  1. Resapan mudah melalui sel dinding jika molekul nutrien adalah kecil.

  2. Penyebaran dipermudahkan dengan melalui saluran protein dan pembawa protein ini akan membawa molekul nutrien yang lebih besar.

  3. Resapan melalui stomata pada daun tumbuhan (stomata ialah liang pori kecil pada daun yang membolehkan tumbuhan untuk “bernafas”).

 

  • Nutrien juga disediakan dengan cara yang sama melalui semburan foliar akan menyebar ke seluruh tumbuhan hinggalah ke akar.

 

 

 

 

​

​

​

​

​

​

​

​

​

Resapan nutrien merentasi dinding sel daripada kepekatan nutrien tinggi di luar sel ke dalam sel yang mana terdapat kepekatan nutrien yang lebih rendah.

 

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

 

 

 

Saluran protein, pembawa protein dan stomata membolehkan resapan nutrien ke dalam sel daun tumbuhan.

​

​

Fakta Saintifik

  • Larutan foliar sehingga 90% didapati dalam akar tumbuhan dalam masa 1 jam selepas penggunaan.

​

  • Saintis pertanian, S.H. Wittwer mempelopori kajian saintifik dalam pemakanan tumbuhan bukan melalui akar pada awal 1950-an di Michigan State University, AS. Beliau mendapati pengambilan variasi makanan oleh tumbuhan adalah dari 100% ke 900% lebih berkesan apabila nutrien digunakan pada daun berbanding pada tanah.

​

  • 1964 - saintis Yamada dan kumpulannya mendapati penembusan nutrien adalah sama baik melalui kutikula dari permukaan tumbuhan dengan atau tanpa stomata.

​

  • Ujian menunjukkan bahawa pemakanan melalui foliar adalah 8-10 kali lebih berkesan berbanding pemakanan melalui tanah.

​

Kebaikan Baja Foliar

  • Kos rendah dan kurang pembaziran

    • Sebahagian besar baja pada tanah tidak akan digunakan oleh tumbuh-tumbuhan.

    • Nutrien larut air seperti nitrogen kebiasaannya akan dibilas dari tanah dengan hujan.

    • Sebanyak 50% baja nitrogen kimia meresap ke dalam sungai dan saluran air.

    • Dalam sesetengah tanah, nutrien tertentu dalam baja butir akan terikat pada zarah tanah melalui tindak balas kimia yang menjadikan nutrien ini tidak tersedia untuk tumbuhan. Sebagai contoh, 80% daripada fosforus yang digunakan melalui baja konvensional mungkin terkurung di dalam tanah.

    • Dalam masa yang sama, penggunaan fosforus melalui foliar boleh diserap terus oleh tumbuhan sehingga 80%.

    • Cecair baja foliar mampu menyediakan nutrien yang mudah didapati bagi tumbuhan.

​

  • Penyerapan nutrien dengan pantas

    • Baja foliar sudah tersedia dalam bentuk larutan agar nutrien sedia untuk diserap oleh tumbuh-tumbuhan.

    • Ini menjadikan akar tumbuhan dapat menyerap lebih cepat berbanding baja serbuk atau butir yang memerlukan masa untuk larut dan lepaskan nutrien ke dalam tanah.

 

  • Pembetulan nutrisi

    • Baja foliar merupakan tindakan pantas and efektif bagi merawat kekurangan nutrien.

    • Pengambilan nutrien melalui daun adalah lebih cepat daripada melalui akar.

    • Oleh itu, pemakanan melalui daun ini adalah pilihan terbaik apabila simptom kekurangan nutrien dikenal pasti dan rawatan segera perlu dilaksanakan.

    • Nutrien akan diresap dengan pantas melalui daun-daun, menyalurkan nutrien yang hilang kepada tumbuhan serta menguatkannya.

 

  • Merangsang pertumbuhan

    • Penggunaan baja foliar pada masa yang tepat dapat menambahbaikan pertumbuhan dan hasil tanaman.

    • Sesetengah fasa pertumbuhan adala amat penting bagi mengenal pasti hasil tuaian kelak.

    • Nutrisi foliar diberikan secara tepat semasa peringkat tertentu bagi memastikan pertumbuhan yang optimum dan hasil yang terbaik.

    • Semasa kepekatan nutrien agak rendah pada peringkat kritikal, nutrisi melalui daun meningkatkan proses fisiologi tumbuhan, memastikan pembangunan optimum, dan menyumbang dengan ketara kepada hasil yang lebih tinggi dan kualiti yang lebih baik.

​

  • Pelengkap pemakanan

    • Penggunaan baja foliar adalah penting apabila pembajaan tanah kurang optimum

    • atau tidak berkesan.

    • Dalam kebanyakan amalan pertanian, penggunaan baja hanyalah sekadar kegunaan asas sahaja semasa musim melawas.

    • Amalan tersebut sering mengakibatkan penurunan yang ketara bagi nutrien penting tanah semasa musim berkenaan.

    • Semburan baja foliar akan dapat menyeimbangkan dan melengkapkan nutrisi tumbuhan dan membantu mengekalkan pertumbuhan yang sihat dan berbuah.

    • Sebilangan kecil baja mampu membawa kepada peningkatan drastik dan akan membawa tanaman ke graf pertumbuhan yang optimum.

 

  • Keserasian dengan input-input lain

    • Baja foliar boleh dicampur dengan mudah dengan cecair-cecair lain, seperti racun perosak atau mikronutrien, menjadikan ia mudah bagi petani untuk menggunakan pelbagai produk secara serentak, menjimatkan masa dan tenaga.

 

  • Penggunaan mudah dan taburan nutrien sekata

    • Baja foliar ini boleh digunakan dengan mudah menggunakan dron yang menyemburkan nutrien secara terus kepada daun.

    • Ia adalah lebih mudah untuk mencapai taburan nutrien yang sekata di seluruh ladang, memastikan pertumbuhan yang konsisten dan mengelakkan penggunaan nutrien yang bertompok atau tidak sekata yang boleh berlaku dengan baja butir.

Untuk kesan yang optimum apabila menggunakan baja foliar, dapatkan khidmat pakar

  • Whatsapp

Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

bottom of page