top of page

SSR beras dipertingkat kepada 75 peratus pada 2025

  • Writer: SFA
    SFA
  • 8 Nov 2023
  • 1 min membaca

Oleh Farah Marshita Abdul Patah - November 6, 2023 @ 11:04am



KUALA LUMPUR: Kadar sara diri (SSR) beras negara akan dipertingkatkan kepada 75 peratus menjelang 2025 menerusi inisiatif SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB).


Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin, berkata di bawah SMART SBB, produktiviti padi akan dipertingkat menerusi Model Mini Sekinchan dan projek rintis penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun.


"Matlamat pelaksanaan Program SMART SBB adalah untuk mencapai SSR beras negara kepada 75 peratus menjelang tahun 2025 dan 80 peratus menjelang tahun 2030", katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau menjawab soalan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) yang mahu mengetahui jenis tanaman serta ternakan yang sedang diberikan tumpuan bagi menambah baik Tahap Sara Diri supaya dapat meningkatkan keterjaminan dan mengurangkan kebergantungan import makanan.


Baca dengan lebih lanjut pada link di bawah.


 
 
 

Commentaires


Smart Farm Agritech Logo

 PEJABAT

 

40, Jalan Besar, Pasir Panjang,

45400 Sekinchan, Selangor, Malaysia.​

 

info@smartfarmagritech.com
+6011-2808 5797

Daftar Masuk untuk Menerima Berita dan Informasi Terkini

Terima kasih atas makluman!

Sertai kami untuk Pengembaraan Ini

  • Whatsapp
  • Instagram
  • Youtube
  • Facebook

© 2023 oleh Smart Farm Agritech Sdn. Bhd.

 Dikuasai dan dilindungi oleh Wix

bottom of page