
SMART FARMER
Smart Farmer adalah perkhidmatan pengurusan serangga perosak dan nutrisi lengkap yang dirancang untuk petani menjana hasil yang lebih besar.
Perkhidmatan ini menggunakan pengawasan dron terhadap ladang bagi mengenal pasti serangan serangga perosak dan masalah kesihatan tanaman seawal mungkin sebelum ia menjadi masalah yang lebih besar. Dengan Smart Farmer, tindakan pantas dapat diambil untuk mengurangkan penggunaan bahan kimia, kos dan kerugian sisa tanaman.
Pakar kami akan menentukan perancangan nutrisi berdasarkan keperluan setiap tanaman, seiring dengan jadual racun perosak dan baja anda yang sedia ada. Mikroorganisma Berkesan (EM) juga digunakan untuk meningkatkan kesuburan tanah, mengurangkan penggunaan bahan kimia berbahaya dan meningkatkan produktiviti tanaman. Perkhidmatan ini termasuk;
Penggunaan semua racun perosak dan baja pada tanaman anda sepanjang musim penanaman. Oleh itu, tiada tenaga kerja manual diperlukan.
Aplikasi khas pertanian tepat yang dikendalikan oleh pakar kami akan mengesan masalah serangga perosak dan kesihatan tanaman, dan mengesyorkan tindakan yang perlu diambil, lokasi dan masa yang tepat supaya kerugian hasil yang besar dapat dielakkan.
Racun perosak dan baja disediakan dikira berdasarkan setiap penggunaan. Oleh itu, anda hanya membayar bahan yang digunakan sahaja sekali gus menurunkan kos anda.
Pelan nutrisi dan pencegahan penyakit tanaman untuk meningkatkan kesuburan tanah.