
SMART FARM AGRITECH
TEKNOTANI LADANG PINTAR
TENTANG KAMI
Smart Farm Agritech membantu petani mencapai hasil dan pendapatan yang lebih tinggi dengan menjadikan pertanian tepat mudah dan praktikal dengan menggunakan dron dan sains tanah. Pasukan kami terdiri daripada pakar teknologi dari United Kingdom dan ahli komuniti pertanian tempatan. Kami memahami masalah anda dan mempunyai penyelesaian yang berkesan serta memberi pelanggan akses kepada teknologi terbaik. Objektif kami adalah untuk meningkatkan hasil anda secara konsisten dan menjanakan lebih banyak pendapatan daripada ladang anda.

ISU YANG DAPAT KAMI SELESAIKAN
Dalam pertanian, banyak isu berbangkit yang perlu diatasi agar mendapat hasil yang lebih tinggi dan kualiti tanaman yang baik.
Dengan Smart Farm Agritech, anda akan dapat mengurangkan kos dan menjana pendapatan yang lebih tinggi dengan menyelesaikan tiga masalah berikut:
HASIL DAN KUALITI TANAMAN YANG RENDAH
KOS DAN PENGGUNAAN BAJA DAN RACUN PEROSAK YANG TINGGI
KEHILANGAN BIODIVERSITI DAN KESUBURAN
PERKHIDMATAN KAMI
Kami bersedia membantu masalah anda di ladang!

SMART FARMER
Smart Farmer adalah perkhidmatan pengurusan serangga perosak dan nutrisi lengkap yang dirancang untuk petani menjana hasil yang lebih besar.
Perkhidmatan ini menggunakan pengawasan dron terhadap ladang bagi mengenal pasti serangan serangga perosak dan masalah kesihatan tanaman seawal mungkin sebelum ia menjadi masalah yang lebih besar. Dengan Smart Farmer, tindakan pantas dapat diambil untuk mengurangkan penggunaan bahan kimia, kos dan kerugian sisa tanaman.
Pakar kami akan menentukan perancangan nutrisi berdasarkan keperluan setiap tanaman, seiring dengan jadual racun perosak dan baja anda yang sedia ada. Mikroorganisma Berkesan (EM) juga digunakan untuk meningkatkan kesuburan tanah, mengurangkan penggunaan bahan kimia berbahaya dan meningkatkan produktiviti tanaman.

DRONE-ON-DEMAND
Drone-On-Demand membantu menyelesaikan masalah penyemburan dan penyebaran baja serta racun perosak di ladang anda. Dapatkan perawatan segera untuk tanaman dengan briged kepakaran kami.
Pengagihan dan penyemburan racun perosak dan baja yang sekata dapat membantu meningkatkan pertumbuhan tanaman. Dengan Drone-On-Demand masalah tersebut dapat diselesaikan, selain masa dan tenaga pekerja juga dapat dikurangkan.
Perkhidmatan kami dirancang untuk menjadikan hidup anda lebih mudah dan bebas tekanan dengan bantuan yang dijalankan oleh juruterbang dron terbaik kami, yang akan memberikan perkhidmatan pelanggan berkualiti tinggi.
